Organisma unisel
Organisma unisel (unicellular organisms) adalah organisma ringkas (simple organisms) yang terdiri daripada hanya satu sel (uni: satu: satu).
Organisma unisel dalam alam haiwan adalah protozoa, amoeba dan paramecium.
Organisma unisel dalam alam tumbuhan pula adalah pluerococcus, euglena, chlamydomonas dan yis.
Organisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop (microscope), dengan itu organisma unisel juga dikenali sebagai mikroorganisma (microorganism).
Organisma unisel. Organisma multisel
organisma multisel adalah organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel (multi: banyak: banyak).
Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan dan beberapa haiwan kecil lain.
Organisma multisel dalam alam tumbuhan pula adalah lumut, alga, paku pakis dan kebanyakan tumbuhan yang berbunga.
Organisma multisel.
Proses kehidupan organisma unisel dan multisel.
Proses kehidupan adalah satu proses yang dijalani oleh semua benda hidup/hidupan untuk membolehkan ia terus hidup di dunia ini. Benda tidak hidup (non-living thing) tidak menjalani apa-apa proses kehidupan.
Semua hidupan menjalankan proses kehidupan seperti makan, bernafas, bergerak, mengeluarkan sisa buangan, membiak, membesar dan bertindak balas terhadap rangsangan.
Proses hidup yang dijalani oleh organisma multisel adalah lebih kompleks daripada yang dijalankan oleh organisma unisel.
Proses hidup yang dijalani oleh organisma unisel (amoeba) dan organisma multisel (ikan) adalah sama. Sebagai contoh:
- Organisma unisel (amoeba)- Makanan utamanya adalah bakteria.- Bernafas melalui membran sel.- Bergerak dengan melanjutkan pseudopodium.- Organ perkumuhannya adalah vakuol.- Membiak dengan cara belahan penduaan (binary fission).- Boleh membesar.- Bertindak balas terhadap bahan-bahan kimia yang ringan.
- Organisma multisel (ikan)- Makanan utamanya adalah zooplanktons.- Bernafas melalui insang.- Bergerak dengan menggunakan ekor dan sirip.- Mengeluarkan buangan melalui liang perkumuhan.- Membiak dengan cara bertelur.- Boleh membesar.- Bertindak balas terhadap cahaya dan getaran didalam air.
Bagaimana sel berfungsi?
Setiap sel mempunyai nukleus. Nukleus mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai asid deoksiribonukleik (deoxyribonucleic acid, DNA). DNA adalah struktur yang menyimpan semua maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan fungsi-fungsi seluruh badan. Sesuatu sel perlu untuk mentafsir maklumat ini bagi mengetahui fungsi sebenarnya.
Nukleus
Nukleus (nucleus) adalah bahan yang paling padat di dalam sel dan dilitupi oleh membran nukleus. Nukleus juga adalah pusat kawalan bagi sel. Nukleus mengandungi arahan kimia (chemical instructions) dalam bentuk DNA. DNA ini akan dibawa keluar dari nukleus melalui membran nukleus
.
.
Nukleus (Nucleus)Sel Haiwan
Sel haiwan (animal cell) adalah seperti beg kecil yang berisi air dan ianya adalah lembut. Sel ini dilitupi oleh lapisan yang telus (transparent) yang dikenali sebagai membran sel (cell membrane). Membran ini boleh menjadi lebam dan permukaannya adalah separa telap (permeable). Liang-liang halus yang terdapat pada permukaannya membenarkan hanya bahan-bahan kimia yang tertentu sahaja mengalir melaluinya. Nukleus adalah pusat yang mengawal semua aktiviti-aktiviti di dalam sel haiwan ini. Nukleus ini dipenuhi dengan bahan seperti agar-agar (jelly-like) dipanggil sitoplasma (cytoplasm). Sitoplasma mengandungi 'organ kecil' yang dipanggil organel-organel (organelles) dan setiap organel mempunyai fungsi-fungsi tertentu.
Sel haiwan (Animal cell)
Sel Tumbuhan
Sel tumbuhan (plant cell) berbeza daripada sel haiwan dari segi 2 aspek. Selain dipenuhi dengan sitoplasma dan membran sel, sel tumbuhan mempunyai dinding sel selulosa (cellulose cell wall) dan mengandungi organel-organel yang dikenali sebagai kloroplas (chloroplast). Dinding sel bertindak sebagai lapisan pelindung kepada sel tumbuhan yang lembut. Kloroplas mengandungi klorofil (chlorophyll) yang membolehkan tumbuhan untuk melakukankan fotosintesis. Sel-sel tumbuhan mempunyai vakuol (vacuole) yang besar bagi menyimpan sap sel (cecair sel) untuk mengekalkan kesegaran setiap sel.
Menyenaraikan faktor nombor bulat.
Contoh:
Cari semua faktor bagi:
- 18Jwb:18 ÷ 1 = 1818 ÷ 2 = 918 ÷ 3 = 618 ÷ 6 = 318 ÷ 9 = 218 ÷ 18 = 118 boleh dibahagikan dengan 1, 2, 3, 6, 9 dan 18. Oleh itu, faktor kepada 18 adalah 1, 2, 3, 6, 9 dan 18.
- 50Jwb:50 ÷ 1 = 5050 ÷ 2 = 2550 ÷ 5 = 1050 ÷ 10 = 550 ÷ 25 = 250 ÷ 50 = 150 boleh dibahagikan dengan 1, 2, 5, 10, 25 dan 50. Oleh itu, faktor kepada 50 adalah 1, 2, 5, 10, 25 dan 50.
Menentukan samada suatu nombor itu adalah faktor kepada nombor bulat yang lain.
Contoh:
Tentukan samada;
- 7 adalah faktor kepada 119.Jwb:119 ÷ 7 = 17119 boleh dibahagikan dengan tepat oleh 7. Oleh itu, 7 adalah factor kepada 119.
- 4 adalah faktor kepada 599.Jwb:
Faktor Sepunya dan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB)
>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<< Faktor Sepunya (common factors) beberapa nombor bulat adalah nombor yang merupakan faktor setiap nombor-nombor tersebut.Faktor Sepunya Terbesar, FSTB (Highest Common Factor, HCF) beberapa nombor yang diberi adalah nombor terbesar yang merupakan faktor setiap nombor-nombor tersebut.Mencari faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor bulat.Contoh 1:Cari faktor sepunya bagi;- 18 dan 54.Jwb:Faktor bagi 18: 1, 2, 3, 6, 9, 18Faktor bagi 54: 1, 2, 3, 6, 9, 18, 27, 54Faktor Sepunya bagi 18 dan 54 adalah 1, 2, 3, 6, 9 dan 18.
- 9, 15 dan 21.Jwb:Faktor bagi 9: 1, 3, 9Faktor bagi 15: 1, 3, 5, 15Faktor bagi 21: 1, 3, 7, 21Faktor Sepunya bagi 9, 15 dan 21 adalah 1 dan 3.
Menentukan samada suatu nombor itu adalah faktor sepunya bagi dua atau tiga nombor yang diberi.Contoh 2:Tentukan samada;- 12 adalah faktor sepunya bagi 84 dan 156.Jwb:84 ÷ 12 = 7156 ÷ 12 = 13Oleh itu, 12 adalah faktor sepunya bagi 84 dan 156.
- 4 adalah faktor sepunya bagi 32, 70 dan 112.Jwb:32 ÷ 4 = 870 ÷ 4 = 17 berbaki 2112 ÷ 4 = 28Oleh itu , 4 adalah bukan faktor sepunya bagi 32, 70 dan 112.
Menentukan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi dua nombor bulat.Contoh 3:Dapatkan faktor sepunya terbesar bagi;- 28 dan 32.
Jwb:
Kaedah 1: Senaraikan semua faktor bagi setiap nombor.
Faktor bagi 28: 1, 2, 4, 7, 14, 28
Faktor bagi 32: 1, 2, 4, 8, 16, 32
Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 28 dan 32 adalah 4.
Kaedah 2: Penggunaan algoritma (pembahagian berulang oleh faktor sepunya).
Faktor sepunya terbesar bagi 28 dan 32 adalah = 2 x 2 = 4. - 15 dan 24.
Jwb:
Kaedah 1: Senaraikan semua faktor bagi setiap nombor.
Faktor bagi 15: 1, 3, 5, 15
Faktor bagi 24: 1, 2, 3, 4, 6, 8, 12, 24
Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 15 dan 24 adalah 3.
Kaedah 2: Penggunaan algoritma (pembahagian berulang oleh faktor sepunya).
Oleh itu, faktor sepunya terbesar bagi 15 dan 24 adalah 3.
Menentukan Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi tiga nombor bulat.
Contoh 4:
Dapatkan faktor sepunya terbesar (FSTB) bagi;- 40, 48 dan 56.
Jwb:
* Pembahagian dihentikan kerana 5, 6 dan 7 tidak mempunyai faktor sepunya yang lain daripada 1.
Oleh itu,Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi 40, 48 dan 56
= 2 x 2 x 2
= 8 - 70, 84 dan 126.
Jwb:
** Pembahagian dihentikan kerana 5, 6 dan 9 tidak mempunyai faktor sepunya yang lain daripada 1.
Oleh itu, Faktor Sepunya Terbesar (FSTB) bagi 70, 84 dan 126
= 2 x 7
= 14
599 tidak boleh dibahagi dengan tepat oleh 4. Oleh itu, 4 adalah bukan faktor kepada 599.Gandaan
>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<< Gandaan (multiples) sesuatu nombor bulat adalah produk daripada nombor tersebut dengan mana-mana nombor bulat yang lain, kecuali sifar (zero).Gandaan nombor n adalah dalam bentuk nk, di mana k = 1, 2, 3, 4, ...
Sebagai contoh, Gandaan 3 = 3 x 1, 3 x 2, 3 x 3, 3 x 4, ...Ujian keterbahagian (divisibility test)PembahagiKaedahContoh2Digit terakhir (unit nilai tempat) sesuatu nombor adalah 0, 2, 4, 6 atau 8.
90, 152, 3 866, 5 4783Hasil tambah semua digit nombor tersebut boleh dibahagi dengan 3.
249
(2 + 4 + 9) ÷ 3
= 15 ÷ 3 = 54Nombor yang dibentuk oleh dua digit terakhir nombor tersebut boleh dibahagi dengan 4 atau adalah sifar.
7 21616 ÷ 4 = 45Digit terakhir (unit nilai tempat) nombor tersebut adalah 0 atau 5.
480, 3 6256Nombor tersebut boleh dibahagi dengan 2 dan 3.738
(7 + 3 + 8) ÷ 3
= 18 ÷ 3 = 68Nombor yang dibentuk oleh tiga digit terakhir nombor tersebut boleh dibahagi dengan 8.
53 2889Hasil tambah semua digit nombor tersebut boleh dibahagi dengan 9.
4 302
(4 + 3 + 0 + 2) ÷ 9
= 9 ÷ 9 = 110Digit terakhir (unit nilai tempat) nombor tersebut adalah 0.
560, 29 710
Menyenaraikan gandaan nombor bulatContoh 1:Senaraikan lima gandaan pertama bagi;- 2
Jwb:
= 2 x 1, 2 x 2, 2 x 3, 2 x 4, 2 x 5
= 2, 4, 6, 8, 10 - 5
Jwb:
= 5 x 1, 5 x 2, 5 x 3, 5 x 4, 5 x 5
= 5, 10, 15, 20, 25 - 9
Jwb:
= 9 x 1, 9 x 2, 9 x 3, 9 x 4, 9 x 5
= 9, 18, 27, 36, 45 - 15
Jwb:
= 15 x 1, 15 x 2, 15 x 3, 15 x 4, 15 x 5
= 15, 30, 45, 60, 75
* Gandaan nombor yang diberi juga membentuk satu turutan nombor.Menentukan samada sesuatu nombor itu boleh dibahagikan dengan nombor lain.Contoh 2:Tentukan sama ada 63 boleh dibahagikan dengan;- 7
Jwb:
63 ÷ 7 = 9 ← 63 = 7 x 9
Oleh itu, 63 adalah gandaan 7. - 8
Jwb:
63 ÷ 8 = 7, berbaki 7
Oleh itu, 63 adalah bukan gandaan 8.
** Jika nombor n boleh dibahagi dengan nombor m, maka n adalah gandaan bagim.
Contoh 3:
Gunakan ujian keterbahagian untuk menentukan samada 639 234 adalah gandaan bagi;- 4Jwb:Dua digit terakhir 639 234, iaitu 34, tidak boleh dibahagi dengan 4.Oleh itu, 639 234 bukan gandaan 4.
- 9Jwb:6 + 3 + 9 + 2 + 3 + 4 = 27Hasil tambah semua digit 639 234 boleh dibahagi dengan 9.Oleh itu, 639 234 adalah gandaan 9.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan